Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Para Pengunjung Sekalian,
1.Admin menerima pertanyaan berkenaan makan minum sepanjang di Mekah dan Madinah kelak.
2.Untuk makluman semua, makan minum sepanjang di Mekah dan Madinah TIDAK TERMASUK DALAM PAKEJ, kerana pakej ini adalah pakej ekonomi dan semestinya kita berusaha merendahkan kos pakej.
3.Walaubagaimana pun, kebajikan para peserta akan diambil berat dan khidmat nasihat sama ada pengurusan kewangan dan lain-lain akan diberikan sepanjang program.
4.Sebenarnya, Banyak kemudahan makan minum sepanjang di Mekah dan Madinah di Bulan Ramadhan kelak yang mana Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah menyediakan juadah berbuka puasa percuma di bawah tajaan Kerajaan Arab Saudi.
5.Untuk di Madinah, juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi ialah Nasi Mandi Ayam, kek, air kotak, air mineral dan kurma.Manakala di Mekah pula, kotak makanan berisi seperti di Madinah disediakan kecuali Nasi Mandi.
6.Pihak pengurusan akan mencari penempatan yang berhampiran dengan Masjidil Haram dan selesa.Terdapat banyak restoran nasi mandi di sana yang harganya sekitar 10 - 15 riyal dan boleh dimakan untuk dua orang.
7.Selain dari itu, Pihak pengurusan akan menyewa di apartment yang terdapat dapur masak untuk kemudahan para peserta untuk sama-sama secara bergilir menyediakan juadah bersahur.
8.Jika peserta tidak mahu masak dan mahu mendapatkan perkhidmatan Catering, pihak pengurusan akan membantu kerana terdapat banyak caterer Melayu di sana yang harganya sehari antara 25 - 30 Riyal Saudi.
9.Pihak pengurusan mencadangkan para peserta menyediakan wang saku khas untuk makan minum (tak termasuk shopping) sebanyak USD 300 bersamaan 1110 Riyal Saudi dan wang ini diurus oleh peserta sendiri.
10.Bayangkan, dengan makan minum kos seliaan anda sendiri USD 300 (mungkin lebih rendah jika anda pandai berjimat dan mempunyai rakan kongsi yang ideal), dan kos pengurusan dan logistik USD 990, dengan keberadaan anda di tanah suci selama 20 hari anda hanya memerlukan USD 1290 lengkap dengan makan dan minum.Ini masih dengan kos ekonomi dan amat berpatutan sedangkan kos umrah di akhir Ramadhan sebenarnya sangat tinggi bahkan dengan harga USD 1290, kebanyakkan travel menawarkan pakej hanya 13 hari.
11.Walaubagaimana pun, untuk meringankan kos makan minum para peserta, pihak pengurusan sedang membuka iklan di Malaysia untuk membuka peluang rakyat Malaysia menjalankan ibadah akikah dan penyempurnaan nazar di tanah suci.Jika ramai yang menyertaiya kelak, peserta akan makan kenduri setiap hari insyaallah! Sama-sama doakan agar program umrah kita berjaya.
"MASA LEBIH LAMA DAN KOS LEBIH MURAH"
Gambar : Para jemaah umrah sedang berbuka puasa di Masjid Nabawi.
Tuesday, 12 March 2013
Monday, 11 March 2013
HUKUM WANITA MENGERJAKAN UMRAH TANPA MAHRAM DAN MAHRAM TUMPANG MENURUT PERSPEKTIF SYARAK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Para Pengunjung Sekalian,
1.Portal ini akan membantu memberikan sedikit sebanyak persoalan-persoalan fekh yang timbul dalam soal umrah dan haji.
2.Dalam ruangan kali ini, admin akan membahaskan hukum wanita yang mengerjakan umrah atau haji tanpa mahram.Adakah sah umrahnya? Bagaimana pula dengan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi?
3.Ulama meletakkan dua syarat yang khusus untuk wanita mengerjakan umrah.Pertama, wanita hendaklah bebas dari 'Iddah sama ada talak mahupun kematian suami dan Kedua, ditemani suami atau mahram.
4.Sesuai dengan situasi kita di Mesir, maka kita fokus kepada syarat kedua yang dikhususkan untuk wanita.
5.Syarat tersebut merupakan topik perbahasan para ulama.Umumnya, terdapat dua pendapat dalam isu ini.
6.Pendapat pertama mewajibkan para wanita diiringi suami atau mahram itu sendiri.Ini adalah mazhab Imam Abu Hanifah dan mazhab Imam Ahmad Ibnu Hambal.Berdasarkan mazhab ini, wanita MESTI mengerjakan umrah dengan diiringi suami atau mahramnya.Jika seseorang itu tidak memenuhi syarat tersebut, umrahnya tetap sah.
7.Pendapat kedua ini juga meluaskan skop syarat ini dengan membenarkan mahram atau suami diganti dengan ditemani wanita-wanita lain yang boleh dipercayai bahkan pendapat ini membenarkan wanita mengerjakan umrah seorang diri jika dapat dipastikan keselamatannya terjamin.Ini adalah pendapat ulama mazhab Syafie dan Imam Malik.
8.Ini disebutkan di dalam kitab Al Iqna' Karangan Syeikh Asy Syarbini :
ويشترط خروج نحو زوج امراة كمحرمها وعبدها، او نسوة ثقات معها لتامن على نفسها
Maksudnya : disyaratkan keluar (mengerjakan umrah) seseorang yang menggantikan suami wanita seperti mahram dan hambanya atau wanita-wanita yang boleh dipercayai untuk memastikan keselamatan dirinya.
9.Ianya juga dengan bersandarkan Hadith Raulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim :
لا تسافر المراة يومين من الدهر الا ومعها ذو محرم او زوجها
Maksudnya : Seseorang wanita itu hanya boleh berjalan jauh dua hari dua malam dengan ditemani seorang mahram atau suaminya.
10.Berdasarkan pendapat Al Khatib Asy Syarbini yang merupakan salah seorang ulama dalam Mazhab Syafie, seseorang wanita boleh mengerjakan umrah atau haji dengan ditemani sekurang-kurangnya dua orang wanita yang sampai umur aqil baligh dan boleh dipercayai.
11.Hadith yang dikemukakan itu dilihat dari aspek maqasid atau objektif wanita memerlukan teman adalah untuk keselamatan dirinya. oleh yang demikian, berdasarkan aspek tersebut, seseorang wanita boleh mengerjakan umrah dan haji walaupun tidak ditemani mahram atau suaminya.Hadith tersebut boleh hanya difahami secara literal sebaliknya, para ulama dalam mazhab syafei dan mazhab maliki telah memperluaskannya dengan melihat maqasid atau objektif tersebut.
12.Hari ini, terdapat istilah "mahram tumpang" di mana, seorang lelaki akan menjadi "penjamin" keselamatan wanita berkenaan dan ini TIDAK BERCANGGAH dengan syarak selagi mana tiada unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak dan berdasarkan maqasid atau objektif syarak yang dinyatakan tersebut.
13.Walaubagaimana pun, Peraturan Kerajaan Arab Saudi mewajibkan wanita mempunyai mahram atau suami untuk mengerjakan umrah.Oleh yang demikian, perkara ini akan diperhatikan seawal mengemukakan permohonan visa.
14.Namun yang demikian, pihak pengurusan AZRA TOURS akan membantu menguruskan perkara-perkara perlu berkaitan hal ini untuk memudahkan bakal jemaah umrah di kalangan para pelajar perempuan di Mesir dan mendapat umrah maqbulah wal barakah.

Friday, 8 March 2013
PERJALANAN UMRAH DARI MESIR LALUAN DARAT
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Para pengunjung sekalian,
(( لا تشدوا الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد : المسجد الحرام , والمسجد الأقصى , ومسجدي هذا ))
رواه البخاري , ومسلم
Maksudnya :
Dari Abu Hurairah radhiyallahuanhu, dari Nabi shallallahu alaihi wasallam : “Tidak ada keutamaan menempuh perjalanan yang mencabar (kesuatu masjid) kecuali mengunjungi tiga masjid, (yaitu) masjidku ini (masjid Nabawwi di Madinah), Majidil Haram (Makkah), dan Masjidil Aqsa (Palestina).”
1.AZRA TOURS akan menganjurkan UMRAH RAMADHAN bagi tahun 2013 ini dan kami berpengalaman menguruskan jemaah umrah sejak 2011.
2.Pakej kami agak berlainan dengan pelbagai pakej yang ditawarkan di Mesir saat ini kerana kami tidak menggunakan laluan udara sebaliknya, kami menggunakan laluan darat dengan melalui jalan yang bersejarah.
3.Laluan darat ini digambarkan oleh sebahagian orang, sebagai perjalanan yang teruk dan menyakitkan.Adakah ianya benar? Admin akan ulas perkara ini satu persatu.
4.Sebelum pergi lebih jauh, eloklah kalau admin menceritakan dahulu kelebihan perjalanan darat.
5.Pertama, perjalanan darat ini sebenarnya laluan yang bersejarah dan digunakan sejak zaman berzaman dan ini dibuktikan dengan pembinaan KUBU SULTAN SALAHUDDIN AL AYYUBI di Taba yang dibina khusus untuk melindungi jemaah haji dan umrah dari serangan tentera salib.
6.Kedua, dengan usia kita yang masih muda, dikurniakan oleh Allah S.W.T kudrat yang kuat, kita sewajarnya memanfaatkan nikmat dengan menempuh pengalaman yang mencabar dengan melalui sesuatu yang luar biasa akan tetapi berbaloi dan pastinya, anda pulang dengan pengalaman yang manis.Justeru, laluan darat ini adalah laluan yang sangat terkenal saat ini di Mesir dan ianya digunakan oleh rakyat Mesir tanpa mengenal usia.
7.Ketiga, dengan menggunakan jalan darat, anda akan melalui negara Jordan dan secara tidak langsung, anda melancong ke Negara Jiran tempat pengajian dan semestinya, destinasi yang akan dilawati itu ialah PELABUHAN AQABAH yang merupakan pelabuhan yang tercantik dengan pemandangan pantai dan laut Merah tercantik di Timur Tengah.
8.Keempat, dengan menggunakan jalan darat, anda akan dapat menikmati suasana laut merah di tengah-tengah lautan yang luas dengan angin laut yang menyegarkan.
9.Kelima, anda juga akan melalui beberapa tempat bersejarah yang tidak dilalui oleh jemaah umrah laluan udara, iaitu TABUK dan KHAIBAR.
10.Justeru, antara manifesto kerajaan Mursi semasa pilihanraya presiden 2012 yang lalu turut menjanjikan pembinaan sebuah jambatan yang menghubungkan SHARM EL SYEIKH - ARAB SAUDI yang hanya memakan masa selama 20 minit sahaja bakal dibina tidak lama lagi.Oleh yang demikian, laluan darat bakal menjadi laluan utama bagi jemaah haji dan umrah pelajar Malaysia di Mesir.
11.Walaubagaimana pun, musim Ramadhan dan Haji saban tahun menyaksikan laluan darat umrah MESIR - JORDAN - ARAB SAUDI antara lauan yang paling sibuk selain laluan ini berperanan sebagai laluan perdagangan antara Mesir dan negara teluk.
12.Namun demikian, terdapat spekulasi pihak tertentu yang mengatakan laluan darat ini menyakitkan dan memenatkan.Apakah disebalik spekulasi berkenaan?
13.Ada yang berkata, laluan darat ini akan membuatkan jemaah umrah atau haji berada di atas lautan selama 2 hari (48 jam) atau sekurang-kurangnya, 24 jam.
14.Suka dinyatakan di sini, bahawa terdapat dua laluan untuk jalan darat.
15.Pertama, jalan dari Pelabuhan Nuwaibak - Aqabah dan kedua, Pelabuhan Safagah - Jeddah.
16.Untuk laluan pertama, Pelabuhan Nuwaibak - Aqabah ini, anda hanya berada di atas Kapal selama 2 hingga 3 jam sahaja berbanding laluan kedua, Pelabuhan Safagah - Jeddah di mana, anda akan berada di atas kapal selama 24 hingga 48 jam.
17.AZRA TOURS menggunakan laluan pertama kerana dengan laluan pertama ini, jemaah berpeluang melalui Teluk Aqabah, Tabuk dan Khaibar.
18.Ada juga spekulasi mengatakan, kapal yang digunakan adalah kapal yang buruk dan tiada ciri-ciri keselamatan justeru, para jemaah dari kalangan rakyat Mesir akan membawa pelbagai barangan seperti Peti Sejuk dan sebagainya.
19.Suka dinyatakan di sini, itu hanya laluan kedua dan untuk laluan pertama, kapal yang disediakan adalah kapal yang berkualiti dan tahap keselamatan yang memuaskan justeru, penumpang TIDAK DIBENARKAN membawa barangan berat ke atas kapal kecuali diletakkan di dalam KONTENA KHAS atau BAS KHAS.
SEKIAN UNTUK MAKLUMAN AWAL DAN SELAMAT MELALUI PENGALAMAN YANG INDAH DAN MANIS LAGI BERHARGA DALAM HIDUP ANDA! PELUANG BUKAN SELALU DITAWARKAN, HANYA DENGAN KAMI, AZRA TOURS.
Gambar pertama : Peta laluan darat Pelabuhan Nuwaibak - Pelabuhan Aqabah - Tabuk - Madinah
Gambar kedua : Peta laluan darat Pelabuhan Nuwaibak - Pelabuhan Aqabah - Tabuk - Khaibar - Madinah
Gambar ketiga : Kapal First Kelas yang akan digunakan
Gambar keempat : Kapal dari jarak jauh
Thursday, 7 March 2013
PELANCARAN PORTAL RASMI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Masa Mengasihani, dengan ini, PORTAL RASMI AZRA TOURS untuk penerangan pakej Umrah Ramadhan 2013 bersamaan 1434 Hijriah dilancarkan.
Marilah bersama-sama bergelar Duyufurrahman pada bulan Ramadhan ini bersama AZRA TOURS.
Marilah bersama-sama bergelar Duyufurrahman pada bulan Ramadhan ini bersama AZRA TOURS.
Subscribe to:
Posts (Atom)