Pages

Tuesday, 12 March 2013

BAGAIMANA MAKAN MINUM SEPANJANG PAKEJ UMRAH EKONOMI 2013?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para Pengunjung Sekalian,

1.Admin menerima pertanyaan berkenaan makan minum sepanjang di Mekah dan Madinah kelak.

2.Untuk makluman semua, makan minum sepanjang di Mekah dan Madinah TIDAK TERMASUK DALAM PAKEJ, kerana pakej ini adalah pakej ekonomi dan semestinya kita berusaha merendahkan kos pakej.

3.Walaubagaimana pun, kebajikan para peserta akan diambil berat dan khidmat nasihat sama ada pengurusan kewangan dan lain-lain akan diberikan sepanjang program.

4.Sebenarnya, Banyak kemudahan makan minum sepanjang di Mekah dan Madinah di Bulan Ramadhan kelak yang mana Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah menyediakan juadah berbuka puasa percuma di bawah tajaan Kerajaan Arab Saudi.

5.Untuk di Madinah, juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi ialah Nasi Mandi Ayam, kek, air kotak, air mineral dan kurma.Manakala di Mekah pula, kotak makanan berisi seperti di Madinah disediakan kecuali Nasi Mandi.

6.Pihak pengurusan akan mencari penempatan yang berhampiran dengan Masjidil Haram dan selesa.Terdapat banyak restoran nasi mandi di sana yang harganya sekitar 10 - 15 riyal dan boleh dimakan untuk dua orang.

7.Selain dari itu, Pihak pengurusan akan menyewa di apartment yang terdapat dapur masak untuk kemudahan para peserta untuk sama-sama secara bergilir menyediakan juadah bersahur.

8.Jika peserta tidak mahu masak dan mahu mendapatkan perkhidmatan Catering, pihak pengurusan akan membantu kerana terdapat banyak caterer Melayu di sana yang harganya sehari antara 25 - 30 Riyal Saudi.

9.Pihak pengurusan mencadangkan para peserta menyediakan wang saku khas untuk makan minum (tak termasuk shopping) sebanyak USD 300 bersamaan 1110 Riyal Saudi dan wang ini diurus oleh peserta sendiri.

10.Bayangkan, dengan makan minum kos seliaan anda sendiri USD 300 (mungkin lebih rendah jika anda pandai berjimat dan mempunyai rakan kongsi yang ideal), dan kos pengurusan dan logistik USD 990, dengan keberadaan anda di tanah suci selama 20 hari anda hanya memerlukan USD 1290 lengkap dengan makan dan minum.Ini masih dengan kos ekonomi dan amat berpatutan sedangkan kos umrah di akhir Ramadhan sebenarnya sangat tinggi bahkan dengan harga USD 1290, kebanyakkan travel menawarkan pakej hanya 13 hari.

11.Walaubagaimana pun, untuk meringankan kos makan minum para peserta, pihak pengurusan sedang membuka iklan di Malaysia untuk membuka peluang rakyat Malaysia menjalankan ibadah akikah dan penyempurnaan nazar di tanah suci.Jika ramai yang menyertaiya kelak, peserta akan makan kenduri setiap hari insyaallah! Sama-sama doakan agar program umrah kita berjaya.

"MASA LEBIH LAMA DAN KOS LEBIH MURAH"

Gambar : Para jemaah umrah sedang berbuka puasa di Masjid Nabawi.

No comments:

Post a Comment