Pages

Friday, 8 March 2013

PERJALANAN UMRAH DARI MESIR LALUAN DARAT



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para pengunjung sekalian,

(( لا تشدوا الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد : المسجد الحرام , والمسجد الأقصى , ومسجدي هذا ))
رواه البخاري , ومسلم

Maksudnya :

Dari Abu Hurairah radhiyallahuanhu, dari Nabi shallallahu alaihi wasallam : “Tidak ada keutamaan menempuh perjalanan yang mencabar (kesuatu masjid) kecuali mengunjungi tiga masjid, (yaitu) masjidku ini (masjid Nabawwi di Madinah), Majidil Haram (Makkah), dan Masjidil Aqsa (Palestina).”

1.AZRA TOURS akan menganjurkan UMRAH RAMADHAN bagi tahun 2013 ini dan kami berpengalaman menguruskan jemaah umrah sejak 2011.

2.Pakej kami agak berlainan dengan pelbagai pakej yang ditawarkan di Mesir saat ini kerana kami tidak menggunakan laluan udara sebaliknya, kami menggunakan laluan darat dengan melalui jalan yang bersejarah.

3.Laluan darat ini digambarkan oleh sebahagian orang, sebagai perjalanan yang teruk dan menyakitkan.Adakah ianya benar? Admin akan ulas perkara ini satu persatu.

4.Sebelum pergi lebih jauh, eloklah kalau admin menceritakan dahulu kelebihan perjalanan darat.

5.Pertama, perjalanan darat ini sebenarnya laluan yang bersejarah dan digunakan sejak zaman berzaman dan ini dibuktikan dengan pembinaan KUBU SULTAN SALAHUDDIN AL AYYUBI di Taba yang dibina khusus untuk melindungi jemaah haji dan umrah dari serangan tentera salib.

6.Kedua, dengan usia kita yang masih muda, dikurniakan oleh Allah S.W.T kudrat yang kuat, kita sewajarnya memanfaatkan nikmat dengan menempuh pengalaman yang mencabar dengan melalui sesuatu yang luar biasa akan tetapi berbaloi dan pastinya, anda pulang dengan pengalaman yang manis.Justeru, laluan darat ini adalah laluan yang sangat terkenal saat ini di Mesir dan ianya digunakan oleh rakyat Mesir tanpa mengenal usia.

7.Ketiga, dengan menggunakan jalan darat, anda akan melalui negara Jordan dan secara tidak langsung, anda melancong ke Negara Jiran tempat pengajian dan semestinya, destinasi yang akan dilawati itu ialah PELABUHAN AQABAH yang merupakan pelabuhan yang tercantik dengan pemandangan pantai dan laut Merah tercantik di Timur Tengah.

8.Keempat, dengan menggunakan jalan darat, anda akan dapat menikmati suasana laut merah di tengah-tengah lautan yang luas dengan angin laut yang menyegarkan.

9.Kelima, anda juga akan melalui beberapa tempat bersejarah yang tidak dilalui oleh jemaah umrah laluan udara, iaitu TABUK dan KHAIBAR.

10.Justeru, antara manifesto kerajaan Mursi semasa pilihanraya presiden 2012 yang lalu turut menjanjikan pembinaan sebuah jambatan yang menghubungkan SHARM EL SYEIKH - ARAB SAUDI yang hanya memakan masa selama 20 minit sahaja bakal dibina tidak lama lagi.Oleh yang demikian, laluan darat bakal menjadi laluan utama bagi jemaah haji dan umrah pelajar Malaysia di Mesir.

11.Walaubagaimana pun, musim Ramadhan dan Haji saban tahun menyaksikan laluan darat umrah MESIR - JORDAN - ARAB SAUDI antara lauan yang paling sibuk selain laluan ini berperanan sebagai laluan perdagangan antara Mesir dan negara teluk.

12.Namun demikian, terdapat spekulasi pihak tertentu yang mengatakan laluan darat ini menyakitkan dan memenatkan.Apakah disebalik spekulasi berkenaan?

13.Ada yang berkata, laluan darat ini akan membuatkan jemaah umrah atau haji berada di atas lautan selama 2 hari (48 jam) atau sekurang-kurangnya, 24 jam.

14.Suka dinyatakan di sini, bahawa terdapat dua laluan untuk jalan darat.

15.Pertama, jalan dari Pelabuhan Nuwaibak - Aqabah dan kedua, Pelabuhan Safagah - Jeddah.

16.Untuk laluan pertama, Pelabuhan Nuwaibak - Aqabah ini, anda hanya berada di atas Kapal selama 2 hingga 3 jam sahaja berbanding laluan kedua, Pelabuhan Safagah - Jeddah di mana, anda akan berada di atas kapal selama 24 hingga 48 jam.

17.AZRA TOURS menggunakan laluan pertama kerana dengan laluan pertama ini, jemaah berpeluang melalui Teluk Aqabah, Tabuk dan Khaibar.

18.Ada juga spekulasi mengatakan, kapal yang digunakan adalah kapal yang buruk dan tiada ciri-ciri keselamatan justeru, para jemaah dari kalangan rakyat Mesir akan membawa pelbagai barangan seperti Peti Sejuk dan sebagainya.

19.Suka dinyatakan di sini, itu hanya laluan kedua dan untuk laluan pertama, kapal yang disediakan adalah kapal yang berkualiti dan tahap keselamatan yang memuaskan justeru, penumpang TIDAK DIBENARKAN membawa barangan berat ke atas kapal kecuali diletakkan di dalam KONTENA KHAS atau BAS KHAS.

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN AWAL DAN SELAMAT MELALUI PENGALAMAN YANG INDAH DAN MANIS LAGI BERHARGA DALAM HIDUP ANDA! PELUANG BUKAN SELALU DITAWARKAN, HANYA DENGAN KAMI, AZRA TOURS.

Gambar pertama : Peta laluan darat Pelabuhan Nuwaibak - Pelabuhan Aqabah - Tabuk - Madinah

Gambar kedua : Peta laluan darat Pelabuhan Nuwaibak - Pelabuhan Aqabah - Tabuk - Khaibar - Madinah

Gambar ketiga : Kapal First Kelas yang akan digunakan

Gambar keempat : Kapal dari jarak jauh








1 comment:

  1. betul ke dari mesir boleh pergi umrah dengan kapal laut ?dan kos nya sangat la murah berbanding flight?

    ReplyDelete